Wednesday, November 11, 2009



Sudah tiba masanya Untuk Ummi meneruskan penghijrahan.... Penghijrahan yang membawa seribu pengharapan, seribu impian dan seribu angan-angan.... Semoga segala-segalanya termakbul dengan izin Allah jua....

Ya... Kalau dulu Ummi berhijrah ke tempat kelahiran anak kesayangan Ummi 8 tahun lalu, Umar Faruqi... namun setelah lebih 4 tahun di sana, Ummi berhijrah semula ke negeri kelahiran Ummi.... walaupun ia tetap jauh dari mata ibubapa Ummi sendiri namun Ummi tetap bersyukur dengan apa yang ada, masih bersama seorang suami tercinta....Anugerah Allah yang tidak mungkin Ummi sia-siakan.... selagi masih di bawah keizinanNya....

Kini, Ummi akan berhijrah lagi.... Ke negeri yang lebih di kenali sebagai Negeri Minangkabau... Dengan pengharapan dan impian yang baru...

Walau di mana kita berada, ingatlah kita sentiasa berada di bawah pengawasan Allah Yang Maha Luas dan Maha Mengetahui........
Baca lagi...

Thursday, October 22, 2009





Harga: RM 598 satu unit


Spec Penapis Air Imtiyaaz:

1. 100% keluaran bumiputera halal.
2. Teknologi NANO
3. Air bersifat ALKALI
4. Anti Oksida
5. Mempunyai unsur ENERGY (BIO AURA)
6. Mengandungi OKSIGEN dan MINERAL yang diperlukan oleh tubuh
7. Menapis segala karat,klorin,bakteria dan kuman
8. Tak perlu masak air dah...senang nak jamu orang mai umah
9. Alat ganti dijamin ada.
10. Jaminan 1 tahun .
11. Kualiti setanding penapis air jenama X yang
berharga RM2000 dan ke atas.


Penapis Air Imtiyaaz berteknologi NANO ALKALINE.Keluaran sepenuhnya BUMIPUTERA MUSLIM,SIJIL HALAL,SIJIL SIRIM SERTA LAIN-LAIN SIJIL DALAM DAN LUAR NEGERI.Teknologi Nano memecahkan molekul air menjadi sangat halus supaya air yang membawa oksigen dan mineral dapat meresap terus ke seluruh tubuh manusia,Teknologi alkaline dapat meneutralkan asid dalam air sehingga bacaan 9.7 pH(air zam-zam pH 10 ++)..Ini dapat mengurangkan keasidan darah di badan kita yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit.


Untuk makluman lanjut boleh terus ke Irhamna Halal Mart
atau menghubungi En Rosli 013 7809518 atau Ummiumar 0199504118
Baca lagi...

Wednesday, September 09, 2009



MURTABAK SEDAP...

Antara makanan favorate sejak kecik2 dulu ialah Murtabak... Huh baunya semerbak harum. Dicicah dengan cicahan bawang merah bercuka kot.... hmmm.... menyelerakan...

Dah tua nipun suka juga... kadang2 beli di pekan sehari... kadang2 beli di kedai khas Murtabak....Kalau balik Pekan biasanya singgah jalan2 makan di Murtabak famost kat situ .... memang famost le kedai murtabak tu. Bukan sahaja orang melayu, orang cina pun suka.... siap bawak balik bungkus selepas makan berkeluarga di situ....

Satu hari Ummi bersama Abi Umar pergi makan bersama. Order Murtabak special satu dan bungkus dua tiga keping bawak balik.... Siap makan, Ummi nak pegi bayar. So pegi ke kaunter, di kaunter tersusun berpuluh-puluh papan telur ramuan utama murtabak..... ketika nak membayar seorang pekerja terus mengambil satu papan telur terus ke tempat memasak.... Aduh !!! Dalam pikiran Ummi ingatkan dia nak bawak basuh dulu telur tu.... rupa-rupanya tidak.... telur-telur yang digunakan tidak dibasuh kulitnya terlebih dahulu.... terus terdiam Ummi dan berazam dalam hati tak mau lagi makan murtabak...

Jalan ke Pasar ramadhan di Pilah pun Ummi lihat toke murtabak terus aje ambik telur dari sarang dan pecahkan telur dalam canai.... aduhai.... patut le sedap sangat rupanya ramuan tambahannya adalah 'najis ayam'.... astaghfirullah.....


Tahukah kita telur ayam yang ingin dimasak perlu dibasuh dahulu kulitnya sebelum di masak ? Kenapa ye ? Hehe tentu kawan-kawan sudah tahu jawapannya bukan ?

Ummi teringat ketika pertama kali jalan ke langkawi. Kami singgah di kedai mamak roti canai. Sejurus sahaja melihat kami masuk ke kedainya, Toke canai terus mengarahkan pekerjanya membasuh telur di singki kedai... Ummi tidak pula bertanya apakah itu memang amalan atau sekadar ingin 'menzahirkan' bahawa mereka tahu telur wajib di basuh dulu kulitnya.... Wallahu Aklam.... terpaksalah Ummi positif thinking aje....

Justeru, Ummi berharap kita sentiasa berhati-hati jika makan di luar. Jika beli kuih berasaskan telur, tengklah dulu sipenjualnya... Adakah memenuhi ciri-ciri menjaga kebersihan.... order telur dadar minta tukang masak basuh kulit telur tu.....

Begitulah seadanya saranan Ummi....

Wassalam....
Baca lagi...
 

...Mencari Redha Ilahi... Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice