TUDUNG BAWAL KITA.....
Assalamualaikum. ..
Setinggi2 kesyukuran atas segala nikmat Allah yang tidak terhingga untuk semua makhlukNya..
Sudah lama niat di hati ini untuk menulis khusus untuk ingatan diri sendiri, keluarga dan sahabat rakan muslimah khususnya dan para kaum Adam yang sudah beristeri atau bakal beristeri nanti...
Harapan Ummi agar tulisan Ummi ini dapat direnung dan difikirkan bersama-sama, tidak disalah tafsirkan dan mungkin boleh dijadikan satu perbincangan ilmiah semata-mata untuk mendapatkan sepenuh keredhaan Allah jua.....
Perkara penting yang ingin Ummi perkatakan di sini ialah berkenaan dengan pemakaian tudung muslimah masa kini. Ya.. tudung... belum masuk bab pakaiannya , yang Ummi rasa semua sudah faham dan tahu tentang kehendak Islam dan ciri-ciri yang telah di gariskan di dalam berpakaian ini.... Cuma mungkin agak 'sukar' untuk dilaksanakan dek malu dipandang atau di kategorikan dengan 'tidak moden', ketinggalan zaman', nak kelihatan ringkas atau pelbagai lagi pandangan manusia akhir zaman ini...... hmmm...
Itulah, Ummipun tak dapat juga nak nafikan keadaan ini, kekadang ummi juga tersilap langkah namun perlu diperbetulkan juga setelah sedar........kealpaan dan ketidak perihatinan kita sendiri sedikit sebanyak 'menghalang' kita untuk tunduk dengan kehendak Allah kerana kita sebenarnya lebih ter'tunduk dengan kehendak diri sendiri dan pandangan mata manusia ...
Hmm... Panjang melalut pula Ummi ni. Oklah. Straigt to the point lah yer.
Rakan-rakan semua mesti kenal Tudung bawalkan ??? Macam2lah nama nya. Tudung Sitilah, Tudung Dato’ K pun ada, hmm dan yang terbaru Ummi pernah dengar tudung manjalara… hehe Ummipun tak ketinggalan jugak dengan nama-nama tudung bawal ni… maklumlah kat tempat kerja Ummi ramai juga yang memakai tudung bawal ni dan tak kurang juga yang bawak dari kampung untuk bisnes…. Hehe..
Pada pandangan Ummi yang cetek ilmu ini, Ada pelbagai tudung di pasaran kini... Dan salah satu jenis tudung yang dah lama Ummi perhatikan ialah TUDUNG BAWAL. Hmm... tak salahpun tudul bawal tu... memang cantik dan Allah memang sukakan yang cantik dan indah. Tetapi kekadang Ummi tengok muslimah ni lebih mementingkan cantik dan indah itu tanpa melihat atau memikirkan adakah tudung ini sesuai dan memenuhi ciri-ciri menutup aurat ...
Hmm.... bukan salah manik2, bukan salah renda dan kerawangnya, bukan salahpun kita nak memakai tudung yang banyak batu2 bak kilauan mutiara tapi harapan Ummi agar di samping perhiasannya utamakanlah dengan melihat kainnya dulu........ . adakah ia nipis atau tebal? adalah potongannya terlalu singkat ? nampak leher ke kalau aku pakai … nampak telinga ke...nampak ke kulit putih gelap aku ni... hmm...
Hmm.. Apa yang Ummi perhatikan, majoriti tudung bawal terkini tidak menepati kehendak menutup aurat yang dikehendaki dalam Islam. kerana semakin hari semakin nipis buatannya. Dan makin mahal pulak harganya.. Sehinggakan kelihatan leher sipemakai (transparent) Hmm. ntah betul ke ejaan tu.. Ramai di kalangan muslimah suka membeli tudung bawal ni kerana kata mereka tak panas sangat… he he Ummi cakap dalam hati jeer… memanglah tak panas… kain dia nipis sangat sampai nampak batang leher, telinga, nampak warna kulit… hmm…
Alangkah ruginya kita, sudahlah harga tudung bawal sekarang ni mahal jugak Ummi tengok sampai boleh mencecah RM85 kalau tak silap... tetapi tak berbaloi dengan tujuan asal memakai tudung tu.... niat baik nak memakai tudung tu dah ok, tapi tak kesampaian pulak bila tudung tu tidak menutup keseluruhan aurat kita..
Hmmm.... Bagi Ummi rasa tersangatlah rugi, sudahlah mahal ngat harganya. Kat dunia dah tak untung, kat akhirat lagilah tak untung. Wal I'ya zubillah )
He he… Ummi bukanlah nak salahkan tudung bawal ni. Cuma Ummi nak sangat nasihatkan muslimah para netters dan para suami pun kena tegur siisteri jugak le… janganlah nak nampak cantik aje, biarlah cantikpun nampak. Sempurna tutup auratpun nampak jugak…. Haa barulah betul kan …
Jadi, berhati2lah bila membeli tudung bawal ni. Ummi tengok tudung bawal yang dulu-dulu lebih labuh dan tebal sedikit berbanding dengan tudung bawal keluaran baru dan terkini… Dan Ummi nak nasihatkan juga untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan netters….. Apalah kiranya panas sikit di dunia ni kalau nak banding di akhirat yang berganda-ganda panasnya nanti.... bersabar dengan kepanasan dunia yang sementara ....
Ummipun nak tujukan juga tulisan Ummi ni bagi Orang2 yang suka ngat Bisnes, tentu ada kat sini… penjual dan pembekal tetap Tudung bawal ni. Mungkin ada kat sini yang suka juga jual kat opis dia... Sebenarnya sangat mulia pekerjaan orang-orang yang menjual tudung 2 ni, Cuma harapnya pandai2 lah juga memilih untuk dijual…biarlah kita dapat untung dua-dua. dunia pun dapat untung orang beli,dan akhiratpun dapat sebab berpahala juga menggalakkan orang tutup aurat…
Semoga tulisan Ummi ini dikira sebagai satu ibadah oleh Allah dan tertunai moganya tanggung jawab Ummi dalam menyampaikan kebenaran...
Hmm… kalau nak baca ciri2 pakaian muslimah ada juga di sini Ummi pastekan…
Antaranya …
1. Menutup aurat dan perhiasan sebagaimana yang dikehendaki, seperti firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud : "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : 'Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampunlagi Maha penyayang."
2. Pakaian tidak nipis hingga menampakkan bayang-bayang tubuh badan dari luar.
Sekian dulu tulisan Ummi kali ini... Mohon ampun dari Allah dan dari semua sekiranya ada kekasaran bahasa….Wallahu Aklam…Akhir kata nasihat Ummi pada diri dan rakan semua ...
UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH DARI PANDANGAN MANUSIA….